assalamualaikum , haii ! thanks coz jenguk blog aku yg x seberapew nieyy >,< , alang2 dh dtg uh , follow lah kejap , xlamew ponn , hikhik ^^ , hope suke tgok kayy :)

8 Ciri-ciri Lelaki Yang Sesuai Dijadikan Suami



Terdapat banyak sebab anda mencintai teman lelaki anda kan? Tetapi adakah anda benar-benar nekad untuk menjadikan si dia kekasih hati anda itu sebagai sang suami teman hidup seumur hidup? Jika benar,anda harus memerhatikan 8 ciri-ciri ini. Jika sudah ada kesemuanya, apa tunggu lagi....

1. Yang berkemampuan
Berkemampuan utk menjaga anda. Sifat ini boleh dilihat dari segi sikap bertanggungjawab si dia.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.

3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.
Sikap pengurusan dan kebolehan memimpin. Si dia akan memimpin anda dan anak-anak.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Dalam kehidupan masa kini yang memerlukan isteri membantu suami untuk mencari pendapatan tambahan,sikap kepercayaan adalah sangat penting.


6. Rajin dan berpemikiran luas
Usia perkahwinan yang berpanjangan adalah misi setiap pasangan. Oleh itu sang suami perlulah rajin dan berpandangan jauh dari segi misi dan keadaan ekonomi keluarga.

7. Mudah memaafkan.
Tidak dinafikan kehidupan suami isteri akan menempuhi banyak onak dan duri. Sikap saling memaafkan adalah sangat penting. Sikap ego si dia perlulah berpada-pada dalam menjamin keharmonian.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik.
Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia. Lihatlah bagaimana kehidupan keluarganya dan rakan-rakannya. Daripada orang sekelilingnya,kita dapat melihat personaliti bakal suami kita itu.
Namun, jika bakal suami anda itu tidak mempunyai 8 ciri-ciri ini,jangan kita khuatir kerana ciri-ciri ini boleh dipupuk. Perubahan adalah perlu dan kita juga memainkan peranan penting untuk sama-sama memupuk ciri-ciri ini. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

© My Life*Lululurve =). Template by d4usx. Powered by Blogger.